Selepas kerajaan dan pembangkang memuktamadkan persefahaman, rakyat berharap kematangan bipartisan yang dibina itu terus berpanjangan.
Mereka menyifatkan perdamaian politik itu banyak memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya rakyat.
Beberapa warga Ipoh yang ditemui Astro AWANI berpendapat, reformasi politik itu membolehkan semua pihak memberi tumpuan kepada usaha memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.